Monday, April 24, 2017

KURUSKAN BADAN HANYA DENGAN MINUM AIR SUAM

Hai... hari ni saya ingin bercerita tentang hal-hal menguruskan badan. Hermm.. kalau bercakap pasal kurus dan diet, memang banyak boleh jumpa tips2 dan cara2 kuruskan badan apatah lagi pasal ubat-ubatan yang makin banyak di pasaran sekarang ni. Memanglah ramai yang mahukan bentuk badan yang cantik segera. kalau boleh dalam masa satu ke dua hari terus nampak kesan. 
Aii.. kena fikir juga kesihatan di masa hadapan. Produk2 kurus walaupun ada pengesahan KKM tapi kesannya dalam badan kita tidak tau. Silakan baca link yang saya dah letak siap2 di sini. Kesan panadol pada kesihatan (credit to the owner page..tq)
Tapi sekarang ni saya bukan mahu buka cerita pasal panadol... haha
Saya sendiri memang ada masalah berat badan. Badan sudahlah pendek, berisi pula.. BMI memang tidak pernah cantik huhu.
Saya sendiri pun sudah mencuba diet dan ubat kuruskan badan. Tapi tidak berkesan. Mahal jangan cakap, kesan setakat dua tiga kilo jer turun. Bila produk dah habis, nak kena beli lagi.. Saya ni bukannya gaji ribu2. Bagi yang mampu beli produk kurus tu bolehlah beli, tapi tidak semua orang dapat bentuk badan yang diinginkan. Tengok testimoni semua pun berkesan. Tapi bagi yang tiada kesan adakah testimoninya atau duit ganti? tak adalah.. kalau ada kompom muflis penjual produk tu hihihi.
Tapi adakah kamu terfikir macam yang saya fikir ni?😂
Kebanyakan produk yang saya beli menyarankan a.k.a mewajibkan untuk mengambil air minuman yang banyak dan mencukupi untuk membolehkan produk tersebut menyerap ke dalam tubuh agar kesannya mujarab dan cepat.
Saya pernah sakit dan demam gara2 tidak meminum air banyak semasa mengamalkan produk tu. Sejak itulah saya berhenti membeli produk minuman atau pil untuk kurus.. tapi saya tetap habiskan jugalah produk2 tu. (Rugi kalau tidak habiskan, mahal tu!!) dan yang pasti saya tidak membelinya semula hahah
Saya berhenti mengamalkan produk kurus itu sebab saya sudah jumpa teori saya sendiri.. (Teori lah sangat kan puii) Terima kasih kepada produk kurus itu yang mewajibkan untuk minum air biasa atau mineral hingga 3 liter. Sanggup saya minum air banyak demi kurus masa tu ahahah
Saya terfikir jika produk itu benar2 berkesan, kenapa saya kena minum air sampai 3 liter atau lebih lagi.. Kenapa saya harus percaya pada produk itu sedangkan saya cukup kenyang dengan minum air 3 liter yang bersamaan 3 botol besar mineral ? nah... nampak sudah... :-P

Selepas produk sudah habis, berat badan turun sekilo dua dan lepas tu naik balik, saya putuskan untuk minum air suam saja.. hahaha
Kenapa air suam? Kalau air panas kau sanggup minumkah? heheh
cuba buat dua cara ini kalau rajin.. hihi
1. Campurkan sesudu minyak masak di gelas berisi air panas dan satu sudu lagi di gelas berisi air sejuk dan kacau. Minyak masak tu ibarat lemak dalam badan kita.  Pasti nampak perbezaan dalam gelas air panas dan minyak itu tidak bercampur di bandingkan gelas air sejuk + minyak. 
2. Cuba tengok mana2 hidangan sup dalam makanan, bila ia sejuk kan keluar minyak . Tapi bila dipanaskan minyak tu jadi cair. 
Kesimpulannya, minum air suam mampu membuang lemak di badan berbanding minum air sejuk.
Sejujurnya dalam pengambilan air suam dalam kehidupan seharian itu tidak mudah dan perlukan kesabaran. Tapi sekurang2nya saya tidak perlu keluarkan duit yang banyak hanya untuk beli produk kurus dan akhirnya tidak berkesan pada saya. 
Ini cara saya untuk mengurangkan lemak..

1. Minum segelas air suam selepas bangun dari tidur di pagi hari. Minum dua gelas lagi bagus sebenarnya. Amalkan juga minum sebelum masuk tidur waktu malam. Saya minum segelas saja sebab malas ke tandas waktu malam. (Takkan kencing dalam katil pulak)ohohoho tidakkk..

2. Minum segelas atau dua gelas air suam sebelum dan selepas makan tidak kiralah sarapan, makan tengahari atau makan malam. Ini untuk mengelakkan saya menambah nasi dan lauk ... (makan 2 trip) haha. Saya tidak akan selang selikan makan sesuap dua nasi lepas tu minum air lagi. Rasa tidak nikmat makanan. kecuali tercekik atau kepedasan masa makan hihi. 

3. Minum segelas air suam lagi sebelum minum minuman ringan atau bergula. (Kalau minum di luar rumah, terkecuali hihi)

4. Minumlah air suam setiap masa dan kurangkan minuman ringan atau bergula. Banyak minum air baik untuk kulit tau. Tapi bukan air sejuk..

Jika ingin berdiet dengan cara tidak makan langsung.. itu salah.. cara saya macam ni, selain gunakan cara2 diatas, saya tetap makan tapi dalam kuantiti yang sedikit terutamanya nasi atau makanan yang mengandungi karbohidrat terutamanya mee. Oleh kerana saya jarang makan di luar, senanglah mahu kawal.. saya guna pinggan/piring yang kecil. paling senang guna mangkuk. sebab bila guna pinggan biasa keinginan untuk memenuhkan makanan dalam pinggan pasti timbul(apalagi kalau lauk sedap) makan lauk banyak ok saja, tapi kurangkan nasi. Jika saya rasa lapar, saya akan minum air suam saja. memang kenyang, kenyang air heheh. masa mula2 memang kerap ke tandas, tapi lama2 tu biasalah. Saya akui kadang2 saya skip juga amalan2 di atas tu, tapi bukan selalu. Saya akan ambil masa sehari dalam seminggu tu untuk makan banyak, alah setakat makan banyak dalam satu hari saja bukan boleh gemuk mendadak pun. hahaha.. Tapi saya rekomen amalkan banyak minum air suam setiap hari ni memang berkesan. 
Bila sudah terbiasa makan dalam kuantiti yang sedikit, secara langsung saya akan cepat kenyang. Itulah yang semua orang inginkan. Macam dalam produk kurus tu, mengurangkan selera makan. hahaha

Antara kelebihan lain minum air selain kuruskan badan:-
1. Meningkatkan kesuburan
2. Melancarkan sistem pencernaan
3. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
4. Perawatan kecantikan - Kulit tidak kering atau berkedut
5. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
Korang pun boleh cuba, tapi kena konsisten tau.. Bye

Sunday, April 23, 2017

CORETANKU UNTUK BUANG WAKTUMU

Tarik nafas.... hembus.. tarik nafas lagi... tahan... eh.. hembus lah...😅 bergetar2 jari ini menaip di blog yang sudah berhabuk berlumut ini..
Sudah lama saya berangan2 mau belajar blog ni. Tapi kesibukan kerja sejak tahun terakhir saya mula menulis di laman ini membantutkan keinginan itu.
Tapi sekarang saya sudah kembali.. kepada yang expert dan tersinggah di laman ini.. sudilah kiranya untuk mengajar...hihi
Saya banyak mengexplore la laman2 blog tapi, itulah.. setakat explore dan mengambil contoh, x buat.. bila mahu pandai kan.
Saya tidak mempunyai apa2 kemahiran menulis, tapi ada satu hobi yang pernah saya lakukan dan ingin menjadikannya sebagai impian tapi tidak pernah terlaksana sejak zaman persekolahan. Saya suka menulis cerpen dan pernah bercita2 untuk menjadi seorang penulis cerpen/novel. Haha.. tapi kemahiran itu tidak ada sebab dulu x dapat ambil subjek sastera.. Saya menulis cerpen pun sekadar hobi hanya di kertas atau buku conteng setiap kali terlintas di fikiran untuk berkarya (karyalah sangat) . Pernah adik beradik dan kawan rapat terbaca cerpen yang saya tulis itu. Hasilnya, mereka teruja untuk mengetahu cerita selanjutnya. Tapi saya tak pernah berkesempatan untuk menghabiskan cerpen tu.. berapa banyak yang saya tulis, tapi x pernah ada endingnya... lalalala
Jadi terlintas di fikiran ini untuk memulakan hobi lama saya dengan menulis cerpen di blog ini.. saya tidak mengikuti sangat isu2 semasa untuk di tulis di blog saya. Minta maaf jika coretan ini membosankan.. ini hanyalah coretan yang terlintas di fikiran..
Namanya pun untuk buang waktumu kan... hehehe
Nanti saya coret lagi....



Wednesday, January 29, 2014

JANGAN ABAIKAN TIDUR WAKTU TENGAHARI

* petikan dari rencana kesihatan - Utusan Online.

Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. 
Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. 
Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu. 
Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap. Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja. Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita. Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat. 
Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini. 
Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya. Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika. Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya. Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja. Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah. Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit. Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula. 
Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.
Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.
Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya. Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan. Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat. Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja. Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri. Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

Tuesday, January 28, 2014

Aku budak baru belajar blogger....

Hello.. i am newbie a.k.a dummy on blogger...errrkkk... (macam terror sangat english tu kan) Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru mo belajar, Kalau tak betul tolong tunjukkan.. (Yalah.. takkan minta di jolok pula kan?) Saya suka tengok/baca blog orang lain... macam best ja idea2 yg dimuatkan dalam laman blog tu.. laju ja blog dia update hari2.. tapi bila saya try buat blog pula.... bagi saya rasa macam senang ja taip itu dan ini.. copy paste itu dan ini.. tapi hakikatnya... ALAMAK!!!!! Idea kong... alahai... dari mana blogger lain dapat idea2 best dorang tu? Saya ingatkan taip ja apa yang keluar dari otak piotak dorang... Heheheh.. Acap kali juga la saya "panggil2" Mr Google, sebabnya.. tentulah belajar menjadi blogger. buka blog itu, buka blog ini. Cari pautan yang berkaitan dengan langkah2 membina blog dari professional blogger. Memang banyak membantu,.. Tapi, untuk mencari identiti dalam blog sendiri.. mana boleh copy paste dari blog orang lain saja kan.. kena ada bahan cerita sendiri. kalau semua blogger main copy cat saja.. pembaca pun boring jadinya.. Sekian lama jadi pembaca.. rasanya best juga kalau saya pula memainkan peranan untuk menjadi "buku cerita". Ada yang saya baca, blog boleh menjana pendapatan... fuh.. siapa pun mesti mau duit maa.. masyukk gitu. tapi bagi newbie macam saya, rasanya jangan fikir itu dulu.. Kalau naik tangga pun mana boleh terus langkah lima anak tangga kan. silap silap boleh cramp kaki tu.. hahaha.. lainlah kalau kaki tu panjang sangat. Usaha tangga KEJAYAAN..